Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN AUDIT SABAH Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sabah Blok A, Aras 4 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS-Sulaman Likas, Beg Berkunci No. 2021 88450 Kota Kinabalu Sabah Telefon : 088-488102 Fax : 088-488140
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Latest topics
» Petua Menegangkan Kulit Yang Kendur
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 4:55 pm by suzlan

» Petua untuk Suami dan Isteri yang baru berkahwin
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 4:46 pm by suzlan

» Datang bulan
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:48 pm by suzlan

» cara membuat Suami Setuju
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:33 pm by suzlan

» Esok baru Cabut
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:17 pm by suzlan

» Khasiat telur separuh masak
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:07 pm by suzlan

» [b]XPDC Mengibarkan Bandera Di Puncak Gunung Kinabalu[/b]
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeThu Jun 04, 2009 4:36 pm by alfian

» Gambar Aktiviti Bola Sepak dan Badminton oleh ahli KESKAS Bulan Mei 2009
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeWed May 27, 2009 6:11 pm by Hardiyantu

» KisAh rOh YAng TAk tenterAm
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeFri Mar 13, 2009 9:52 am by etty


 

 Perutusan KETUA AUDIT NEGARA

Go down 
AuthorMessage
halijah
BIRO SUKAN
BIRO SUKAN
halijah


Female
Number of posts : 10
Age : 52
Lokasi : Kota Kinabalu
Jawatan : Penolong Juruaudit W27
Seksyen / Unit : BBN
Registration date : 2008-12-15

Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Empty
PostSubject: Perutusan KETUA AUDIT NEGARA   Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Icon_minitimeMon Dec 29, 2008 7:04 pm

Perutusan Ketua Audit Negara

Perutusan KETUA AUDIT NEGARA Copy_o10

Saya amat bersyukur kehadrat Illahi kerana di atas keizinanNya, laman web Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Sabah (KESKAS) dapat dibangunkan untuk tatapan semua warga KESKAS dan para pengunjung yang budiman. Saya berasa sangat berbesar hati kerana dijemput untuk memberikan perutusan dalam laman web ini. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga KESKAS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbang idea, tenaga dan masa untuk merangka, merancang serta merealisasikan kewujudan laman web ini. Saya juga berasa bangga dan gembira melihat ahli-ahli KESKAS mempunyai kreativiti dan insiatif untuk membangunkan laman web ini. Usaha ini patut diteruskan kerana ia merupakan salah satu alternatif untuk semua ahli dan para pengunjung lain membuat capaian kepada maklumat-maklumat mengenai aktiviti KESKAS. Meskipun, warga KESKAS sibuk dengan tugas-tugas harian tetapi masih dapat menyumbangkan sesuatu yang bererti kepada Kelab. Semangat sebeginilah yang patut ada dalam setiap diri warga Jabatan Audit Negara.

Dengan adanya laman web ini, saya berharap ia dapat dijadikan wadah kepada warga KESKAS dan pengunjung untuk mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti dan perkembangan KESKAS. Sesungguhnya, Jabatan sentiasa memberi penekanan dan keutamaan dalam menyahut seruan Kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai cabang ilmu dan sumber teknologi untuk kemajuan semua warga Jabatan. Semoga aktiviti-aktiviti yang diatur dan dipaparkan memberi manfaat khasnya kepada semua ahli KESKAS dan para pengunjung yang lain amnya. Pewujudan laman web ini juga diharap akan menjadi penghubung kepada bekas ahli-ahli KESKAS dan memberi peluang kepada mereka untuk terus mengikuti perkembangan Kelab serta dapat berinteraksi dengan kelab ini melalui kaedah yang disediakan seperti email atau forum.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada warga KESKAS dan pengunjung lain agar dapat memanfaatkan laman web ini sebaik mungkin sebagai sumber maklumat, bahan rujukan dan interaksi bersama ahli. Akhir kata, saya berharap KESKAS akan terus berkembang maju sebagai Kelab yang aktif dan cemerlang.

Sekian dan terima kasih.
Back to top Go down
 
Perutusan KETUA AUDIT NEGARA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gotong Royong Amal Di Rumah Warga Tua Sri Prichard Sempena Sambutan 100 Tahun Institusi Audit Negara
» Sejarah Sukan Audit SeMalaysia
» Makan Malam KESKAS & Audit Idol

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PERUTUSAN :: Perutusan KETUA AUDIT NEGARA-
Jump to: