Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN AUDIT SABAH Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sabah Blok A, Aras 4 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS-Sulaman Likas, Beg Berkunci No. 2021 88450 Kota Kinabalu Sabah Telefon : 088-488102 Fax : 088-488140
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Latest topics
» Petua Menegangkan Kulit Yang Kendur
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 4:55 pm by suzlan

» Petua untuk Suami dan Isteri yang baru berkahwin
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 4:46 pm by suzlan

» Datang bulan
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:48 pm by suzlan

» cara membuat Suami Setuju
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:33 pm by suzlan

» Esok baru Cabut
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:17 pm by suzlan

» Khasiat telur separuh masak
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeFri Jun 19, 2009 3:07 pm by suzlan

» [b]XPDC Mengibarkan Bandera Di Puncak Gunung Kinabalu[/b]
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeThu Jun 04, 2009 4:36 pm by alfian

» Gambar Aktiviti Bola Sepak dan Badminton oleh ahli KESKAS Bulan Mei 2009
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeWed May 27, 2009 6:11 pm by Hardiyantu

» KisAh rOh YAng TAk tenterAm
Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeFri Mar 13, 2009 9:52 am by etty


 

 Sejarah Penubuhan Kelab

Go down 
AuthorMessage
Yasin
Ahli Kelab KESKAS
Ahli Kelab KESKAS
Yasin


Male
Number of posts : 3
Age : 47
Lokasi : Kota Kinabalu
Jawatan : Pen. Juruaudit W32
Seksyen / Unit : Pelbagai II
Registration date : 2008-12-26

Sejarah Penubuhan Kelab Empty
PostSubject: Sejarah Penubuhan Kelab   Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeMon Dec 29, 2008 2:54 pm

SEJARAH PENUBUHAN
KELAB KESKAS

Asas penubuhan sesebuah Persatuan/kelab untuk sesebuah jabatan ditubuhkan adalah dengan objektif memajukan aktiviti sukan, sosial, kebudayaan dan rekreasi serta memelihara kebajikan dan kesejahteraan ahli dan keluarga mereka. Bagi mengeratkan lagi silaturahim antara anggota Audit Sabah, SABAH AUDIT ASSOCIATION telah ditubuhkan pada 25 Julai 1967 dibawah Akta Pertubuhan 1961, Nombor Sijil SAB.466. P.P. Wise Sabah Audit Director yang kedua ketika itu adalah Presiden pertama Persatuan Audit yang baru ditubuhkan ketika itu. Sepanjang tempoh 41 tahun persatuan ini telah mengalami banyak perubahan bukan saja pucuk pimpinan tetapi juga perubahan pada nama dan aktiviti yang dilaksanakannya. Pada tahun 1996 persatuan ini telah didaftarkan semula dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nama Persatuan Kakitangan Audit Sabah (PERKAS) kemudianya kepada nama Kelab Sukan Dan Rekreasi Audit Sabah (KESRAS) dan seterusnya diubahsuai kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Sabah (KESKAS), nama ini kekal sehingga sekarang.

Disepanjang tempoh empat dekad kelab ini telah melalui banyak peristiwa pahit dan manis serta terlibat didalam banyak aktiviti sukan dan sosial sama ada diperingkat negeri atau kebangsaan menjadikan ia sebuah kelab yang matang, berwibawa, dikenali serta disegani/hormati oleh persatuan/kelab yang seangkatan dengannya. Memandangkan tidak mempunyai rekod pihak KESKAS hanya dapat mengimbas kembali aktiviti Persatuan/kelab bermula dari tahun 1977.
Back to top Go down
Yasin
Ahli Kelab KESKAS
Ahli Kelab KESKAS
Yasin


Male
Number of posts : 3
Age : 47
Lokasi : Kota Kinabalu
Jawatan : Pen. Juruaudit W32
Seksyen / Unit : Pelbagai II
Registration date : 2008-12-26

Sejarah Penubuhan Kelab Empty
PostSubject: sambungan Sejarah Penubuhan Kelab   Sejarah Penubuhan Kelab Icon_minitimeMon Dec 29, 2008 9:26 pm

Berikut adalah aktiviti yang pernah diadakan:

AKTIVITI SUKAN

Sukan Audit SeMalaysia di Kuantan, 1977(Kuantan, Pahang) dan 1979(Ipoh, Perak)

Seramai 11 anggota Jabatan telah menyertai iaitu terdiri dari en. Selamat Sion, Annuar Osman, Othman Ahmad, Pengiran Amir, Gerald John, Wilfred Kulungan, Samsudin jalil, Ahmad Malik dan lain-lain. Walauupun tak memenangi apa-apa acara pihak persatuan tetap berpuas hati kerana dapat menghantar peserta ke Sukan tersebut dan peristiwa yang tak dapat dilupakan ialah perjalanan menaiki pesawat tentera Carribou ke Kuantan yang mengambil masa lebih 10 jam. Pada tahun 1979 Sukan audit ke III di Ipoh Perak pihak persatuan hanya dapat menghantar 9 ahli untuk tujuan penyertaan sahaja.

Sukan Audit Se Malaysia tahun 1981 di Alor Star Kedah

Tahun 1981 adalah merupakan detik bersejarah dan kebangkitan Kelab Sukan Audit Negeri Sabah kerana telah berjaya menjadi naib juara keseluruhan Pesta Sukan tersebut. Pasukan mantap yang telah dibentuk dan telah menjalani latihan sekian lama telah membuahkan hasil dengan menjuarai acara Bola Sepak, Karom Berpasukan/Regu Lelaki, Ping Pong perseorangan dan naib juara dalam banyak acara. Memandang masalah kewangan dan alian-lain sebab yang tak dapat dielakkan Jawatan Kuasa Majlis Sukan Audit SeMalaysia telah menagguhkan pesta Sukan ini hingga tahun 1986 iaitu hampir lima tahun.

Sukan Audit Se Malaysia tahun 1986 di Kuching, Sarawak.

Sekali lagi KESKAS menjadi Naib Juara Keseluruhan. Acara yang dimenangi Bola Sepak, Tarik Tali, Badminton, Karom dan mendapat naib johan dalam acara ping pong.

Sukan Audit Se Malaysia tahun 1988 di Kota Bahru, Kelantan.

Juara Bola Sepak, Sukan Rakyat, Tarik Tali,badminton dan naib juara acara Karom.

Sukan Audit Se Malaysia tahun 1990 di Dungun, Terengganu.

Merupakan tahun yang bersejarah sekali lagi dimana kelab ini telah menjadi juara Keseluruhan. Acara yang dimenangi ialah tarik tali, badminton, balapan, sukan rakyat dan naib juara dalam beberapa acara yang lain.

Sukan Audit Se Malaysia tahun 1992 Johor Bahru, johor.

Juara Keseluruhan dengan memenagi acara Bola Sepak, Hoki, Balapan, badminton, Karom dan N.Juara ping Pong acara berpasukan.

Sukan Audit Se Malaysia tahun 1995 di Kota Kinabalu, Sabah.
Pesta Sukan audit Se Malaysia telah diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu dari 4 hingga 7 Jun 1995. Pembukaan rasmi dan upacara Penutupan telah dilakukan oleh Yg Bhg Dato’ Ketua Audit Negara sendiri. Sejumlah RM 114,697 telah dibelanjakan untuk menjayakan Pesta Sukan tersebut.
Jawatankuasa Penganjur telah ditubuhkan untuk memastikan perjalanan Pesta Sukan diurus dengan lancar dan teratur. Ahli Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:

En. P. Subramaniam Pengerusi
En. Paul Chai Sin Ngee Setiausaha
En. Tan Kim TiangPengerusi JKK Upacara Pembukaan/Penutupan
K.KarthigeyanPengerusi JKK Pertandingan dan Permainan
En. Ahmad TahirPengerusi JKK Urusetia dan Protokol
En. Chan Kok SunPengerusi JKK penginapan
En. Lim Chin TeongPengerusi JKK Kewangan
Cik Chow kam YingPengerusi JKK Buku Cenderamata
En. Pg. Amir Pg. OmarPengerusi JKK Hadiah dan Chenderahati
En. Khaidir LolotPengerusi JKK keselamatan
En. Musa RoslanPengerusi JKK Makanan dan minuman
En. Suip SanimanPengerusi JKK Pengangkutan
Dayang Fatimah HasanPengerusi JKK Kebudayaan

Status bergelar juara dan semangat berpasukan yang tinggi disusuli dengan latihan yang intensif sekali Sabah menjadi Juara Sukan Audit SeMalaysia Ke XI. Syabas diucapkan kepada Zon Sabah yang telah menjadi Juara keseluruhan Pesta Sukan Audit seMalaysia 3 kali berturut-turut iaitu Sukan Audit ke IX Tahun 1990 di Terengganu, Sukan Audit ke X Tahun 1992 di Johor dan Sukan Audit ke XI di Sabah.

carabermulanya kebangkitan Kelab tahun 1977 – 2007( 1977-Pahang, 1979-Kedah, 1986-Swak, kali sukan Audit Semalaysia disertai. Daripada jumlah penyertaan tersebut KESKAS telah menjadi Johan sebanyak ….. kali. Kejayaan beberapa kali menjadi johan menyebabkan didalam beberapa dekad KESKAS sentiasa digeruni oleh Kelab-kelab dari negeri lain. Bagaimanapun zaman kegemilangan tidak kekal selamanya dimana pada temasya sukan Audit Se Malaysia yang diadakan di negeri Melaka pada……., pencapaian KESKAS adalah diluar dugaan. KESKAS telah mengalami kejatuhan presatsi yang mendadak iaitu tidak berjaya merebut tiga tempat teratas. “What goes up must go down”..mungkin teori ini menepati nasib yang telah dialami oleh KESKAS. Selain daripada aktiviti sukan, KESKAS juga terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dijalankan adalah seperti lawatan ke rumah orang tua, meraikan anak-anak yatim, kerjasama dengan penduduk kampong untuk pembaikan dan pembersihan sekolah. Senarai AJK untuk tahun 2008/2009 adalah seperti berikut

Yang Di Pertua : Encik Juhari bin Haron
Naib Yang Di Pertua : Patimah binti Ramuji
Setiausaha : Aimi Dinsin
Penolong Setiausaha: Siti Aishah binti Patta
Bendahari: Encik Halimuddin bin Chongge
Penolong Bendahari: Joanna Yvonne Francis
Ahli Jawatankuasa : Jarahim Jahim, Awang Nasrun ….., Anuar Tumang, Halijah Kassim, David Museh, Alfian @Cyril Freddy, Afizan Asimin, Mohd Afifi ….,


Aktiviti Sosial

Lawatan ke Brunei Tahun 1983
Muzium Brunei
Pejabat Audit Brunei Darul Salam
Kampung Air Brunei
Lawatan Balas Audit Brunei
Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu
Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu ahli KESKAS sebenar sudah lama bermula iaitu seawal tahun 1978 dimana 4 pegawai muda jabatan yang juga ahli Keskas ketika itu secara tidak rasmi telah Berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Mendaki gunung ketika itu adalah amat mencabar kerana bukan sahaja kurang berpengalaman/kelengkapan pendaki terpaksa memulakan pendakian dari pejabat Taman-Taman Sabah iaitu sejauh 5 kilometer ke kaki gunung sebelum sebelum memulakan pendakian sejauh 11 kilometer hingga ke puncak gunung. Bagaimanapun pasukan kecil ahli Keskas tersebut telah Berjaya menawan puncak gunung tersebut walau pun tidur tanpa sleeping beg dan makanan yang mencukupi. Pendakian seterusnya disusuli dengan kumpulan yang lebih besar dan persediaan yang mencukupi iaitu pada tahun 1983 dan 1986.
Laporan Khas Ekspedisi Mendaki Gunung kinabalu Tahun 1995
8 Jun 1995, jam 7.00 pagi- Tamatlah Temasya Sukan Audit seMalaysia Ke-XI. Ketika para peserta bersedia untuk berangkat balik ke negeri masing-masing, seramai 40 pegawai Audit bertolak dari Kampung Sukan ke Taman kinabalu, kundasang. Perjalanan menaiki bas selama 2 jam setengah telah menyajikan pemandangan indah semulajadi negeri dibawah bayu yang bakal menyahut cabaran Misi kumpulan Untuk menawan Puncak Kinabalu, pada paras 13,455 kaki dari paras laut, merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
Jam 12.00 tengah hari waktu yang agak sedikit lewat untuk mula mendaki……. Maka bermulalah satu perjalanan/pendakian yang menguji segala kudrat, kekuatan fizikal, kesihatan tetapi ujian sebenarnya adalah menguji ketahanan mental. Sebagaimana yang dijangka pada hut/stesen/sulap/ perhentian yang ketiga iaitu kira-kira 5,700 kaki Kinabalu menunjukan cabarannya dimana beberapa pendaki mula merasakan susah bernafas, sakit otot, letih/mengah yang keterlaluan dan lebih mencabar lagi ada pendaki yang mula berputus asa /“give up” , ada yang bercadang hendak turun kekaki gunung dan yang lebih kritikal lagi ada pendaki yang menangis hendak pulang. Sebenarnya situasi sebegini adalah merupakan fenomena biasa terutamanya bagi yang pertama kali mendaki gunung Kinabalu. Bagaimanapun anggota eksepedisi yang lebih berpengalaman Berjaya memujuk dan menaikkan semangat para pendaki berkenaan dengan kudrat yang ada supaya meneruskan perjalanan, alhamdullillah semua peserta Berjaya juga sampai ke Stesen Panar Laban (11,000 kaki) untuk berehat beberapa jam sebelum memulakan pendakian ke puncak gunung iaitu seawal jam tiga pagi. Di Stesen inilah peserta yang tidak dapat meneruskan pendakian berehat/menunggu sementara pendaki lain meneruskan pendakian ke puncak gunung.
Pendakian bermula jam tiga pagi keadaan masih gelap hanya bulan dan bintang menjadi saksi. Para pendaki diminta berjalan sebaris dan beriringan dalam berkumpulan serta berhati-hati dengan memasang lampu suluh, berbaju tebal, bersarung tangan, dan berbekalkan air teh/kopi ‘o’ panas dalam termos.

1995(Sempena Sukan Audit di Sabah)
Makan Malam Jabatan Audit

AKTIVITI SUKAN
Sukan Tiga Penjuru

Sukan Audit Semalaysia
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Rujuk fail KESKAS
SYARAT KEAHLIAN
- Rujuk fail KESKAS
[u]
Back to top Go down
 
Sejarah Penubuhan Kelab
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pengenalan Kelab
» Sejarah Sukan Audit SeMalaysia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: BAGAIMANA KAMI BERMULA :: Sejarah Kelab-
Jump to: